expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

BE THE STAR FOR THE UMMAH..

Thursday 18 December 2014

Izrail..

Di kala family aq dah lena dibuai mimpi.. aq masih lg online.. stalk sana sini..

Dan Allah takdirkan aq utk ter stalk ask.fm milik seorang bro yg tggl kat batu pahat..Nama dye Adam Faris.. 15 tahun

Account dye di handle oleh seseorang yg aq anggap masyaallah!! setia nya dia.. sahabatnya yg aq tau nama dye Akmal

Dari apa yg aq baca, Faris ni ada penyakit, tapi si Akmal ni xnak share pulak sakit apa.. Cuma yg pasti, Faris bergantung 100% dengan life machine.. Faris koma x silap.. Akmal x habis2 mintak kawan2 doakan Faris..

Alhamdulillah
Semalam Faris sedar..

Family Faris dan Akmal sendiri rasa happy sangat2..

Waktu tu, Akmal tahu yg Faris tengah tahan sakit.. Faris pendam rasa sakit dye..

Akmal dgn Faris borak2, gurau2.. dan Faris cakap...

'mal, aq tak sabar tunggu hari Jumaat'

Akmal tersentap..

Faris sedar x lama.. lepas solat Isyak terus dye sesak nafas...

Akmal terus berdoa.. meminta kesembuhan buat Faris..

Jam 1:28 pagi..

Akmal bagitahu yg Faris dah makin nazak...
Dye mintak kita semua doakan Faris..

ask.fm sepi seketika..

Jam 1:35

Allah tu maha kuasa...
Semalam kawan Faris ni pergi meninggalkan semuanya..

Dan harini...
Faris pulang ke rahmatullah, dijemput si pencabut nyawa Izrail..
Tepat seperti apa yg diimpikan Faris..

Semakin banyak ask yg masuk...
Aq x terkecuali hantar ask kat dye..
Semakin lebat air mata akmal..

Aq ada tanya kat kawan aq..
'Kalau pergi taman bunga, enti akan petik bunga yg mana?'

And dye jawab..
'bunga yg cantik'

Well..

Akmal is the best person i had ever met.. he is a good best friend..

Arwah Faris ni baik orgnya..
Semoga Allah tempat kan dye dikalangan mereka yg soleh..


'Kau takkan mampu untuk tidur bilamana sahabat kau tengah sakit macam tu' 
 ~AKMAL~

Saturday 13 December 2014

Luahan Hati Aku

below was my post utk someone yg paling aq hargai kewujudan dye dalam dunia..
uikkss awok!
kay2 walaupun gmba ni nmpak sakai tp xpe asalkan orang comel evn mata tlbih sepet.. u know what i did before turun gi padang kan? hahah
ni rasanya first time kan orng tulis kat wall ain? hahah first of all nk cakap sorry cuz gmba sticky note tu dah kena culik oleh cik virus... huhuhu 
weh, 2014 was the most hard year that i've ever through.. tahun yang mengubat duka, tahun yg menoreh luka, tahun yg paling bnyak orng mngalirkn air mata.. rasa mcm nk bg nama 'aamul huzni pulak rasanya
and bila sometimes waktu bacaan orang nangis, bukan nya sbb baru lepas tgk drama full house or lepas nyanyi lagu selamat malam by SleeQ.. tapi sebab teringatkan mcm2 benda yg melemahkan semangat,jiwa n raga buah milik cik kiah.. tapi bila balik dorm, rasa bahagia sangat.. hilang semua benda yg menyemak kat kepala otak, kepala lutut dan kepala katil.. sebab ada orng yg nk dengar cerita n sudi bercerita evn benda yg orng crita selama ni bkanlah benda yg orng nk sngat cerita pun sebab ada lg benda lain yg orng nk cerita cuma rasa takut tu ada.. sokay lah.. at least ada jgak orng yg boleh tolong buat lawak yg KBAG (kemahiran berfikir aras groundfloor) maybe sometime je kot orng balik n terus 'tido' .. heheh
ain, even kau garang skalipun, orng xtau kenapa orng rasa mcm, kau lah makhluk tuhan yg paling baik yg allah penah hntar kat aq..
allah tu maha kuasa kan? mmg dari dulu allah hadirkn insan yg lebih muda untuk menggembirakan hidup orang... sbb tu smpai sekarang perangai x matang2..hahah.. x pernah lg ada yg sebaya.. mungkin sekali, hanya sebentar untuk memberikan rasa dan pergi entah bila nak kembali.. yg lain2 tu ibarat ajinomoto semata-mata, sedap tapi..............
btw, orng malas nk ckp ni sbb slalu kena dah.. sebelum ni mmg la ada manusia yg orng anggap kawan,teman n sahabat.. tapi kebnyakan dyorg just anggap org sbagai kenalan.. luka kat hati yg orng baru je bukak bandagenya berdarah balik.. tp kat ain, sjujurnya lahh orng nak ckp.. ain bukan junior orng yg terbaik sbb syasya lg baik.. ehhh? tapi ain, ain, ain, ain, ain, ain, ain, ain, ain... mcm mana nk ckp ehk? well, sahabat tu x mengenal usia walaupun kebiasaannya sebaya.. tapi orng nk ain jd lah sebaik-baik sahabat yg orng pernah ada.. tau! kalau orng dah takde nnty ingat apa yg orng ckp ni.. NAKAL TAKPE, JAHAT JANGAN..

ayat semua mcm orng nk blah dah kan?? orang buat awl2 sbb takut2 in the future orng mnyesal sbb x penah buat mcm ni siap2..




Friday 3 October 2014

Naik Turun



Kita selalu dengar,

"Kalau nak NAIK susah, tetapi untuk turun mudah sangat"
Iaitu susah nak jadi berjaya, tapi untuk gagal mudah sekali.. Dan ini yang selalu berlaku dalam kehidupan..

Kalau bab-bab kepenggunaan, kita akan NAIK angin kalau dengar cerita harga minyak naik 20 sen.

Kita akan gelisah bila dapat tahu paras gula makin NAIK.. Kita jadi tak betah bila 'NAIK darah' dan cepat NAIK angin kalau orang tak layan apa yang dia nak..

Semuanya NEGATIF..

SEKEJAP!!!

Bukan semua keNAIKan itu negatif.. Ada je yang mententeramkan diri dan meningkatkan kasih sayang ALLAH S.W.T kepada kita!

Itulah meter keIMANan manusia!!!

Banyak ayat AL-QURAN yg menceritakan ganjaran kpd golongan yg taat kepadaNYA.. Contohnya,

"Dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka" (Surah AL-KAHFI 18:13 )

Dengan melaksanakan kebaikan bererti meter keIMANan sedang NAIK!



Dalam hal keduniaan, kita sukakan PENURUNAN, diskaun dan seumpamanya..

Kita akan cepat2 pergi ke pasar raya jika ada tawaran deiskaun menarik.. Harga TURUN je, semua orang bersorak!

Tapi PENURUNAN ada yang tak baik, iaitu meter IMAN... TURUNnya IMAN bakal membawa padah.. Kehidupan tidak bahagia, gelisah, berkecamuk, hilang ketenangan termasuk kesan TURUNnya IMAN itu..

JANGAN RISAU!!!

NAIKkan kembali meter IMAN dengan MUJAHADAH. Bukankah PINTU TAUBAT itu sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan?

TURUNkan 'darjah kejahatan' dalam diri, NAIKkan meter IMAN dalam HATI, hidayah ALLAH S.W.T
mengiringi perjalanan hari, bahagia di sana dan di sini.. ^_^





Friday 30 May 2014

Dedikasi UntukMu Sahabat ~ Senyumlah Wahai Hati Yg Menangis

Saat kita menempuhi onak dan duri duni, derita sesekali mencuit hati, hati remuk nangis tak berhenti, kesedihan terus menerus bersemadi di dalam hati..

Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam terharu air mata tertumpah juga..

Wahai hamba ilahi, begitulah kehidupan di dunia.. Kita takkan pernah sesekali dapat menjangka apa yg Alaah aturkan untuk kita.. Adakalanya kita tersangat gembira, adakalanya kita tersangat kecewa..

Namun, jangan risau wahai sahabat, Allah tu Tuhan kita, Tuhan yg Maha luas kasih sayangNya..

Percayalah, Allah tidak akan menduga hambanya, kecuali untuk melihat hambana tersenyum di sana, tertawa disana , bahagia di sana, InsyaAllah di syurga yg mengalir di bawahnya, sungai2 yg mendamaikan jiwa..

  'Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terungkai kecuali menerima kehendak Alah s.w.t'

Wahai hamba Allah, janganlah kamu bersedih kerana anda teah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberikan manfaat pun pada keesokan harinya

Kesedihan demi kesedihan bakal membuat andaterperuk dalam keputus asaan, dan dunia yg luas dirasakan sempit dan tidak berguna..

Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah, untuk kita raih syurganya yg tersangat indah serta bebas daripada kesedihan..

Gara-gara kesedihan, air yg manis terasa tawar, makanan yg lazat terasa hambar, bunga mawar yg mekar mewangi kembali layu..

Ingatlah! Tangisan yg terindah itu apabila butir air mata, mengair hangat di pipi lantaran terasa diri kita terlalu kerdil disisi Allah, dan begitu berdosanya kita disisi Allah..

Wahai hamba Allah, lihatlah disekelilingmu dan teguhkanlah pendirian kamu, sepanjang hidup dan usiamu jangan pernah berputus asa..

Senyuman yg kau berikan dan air mata yg kau titiskan, simpan jadikan tauladan, segala yg kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman..

Hey you! think positive okay! You don't know everything but Alla knows everyhing.. Don't be sad.. Allah always with you


  

Sunday 23 March 2014

Ahmad Zuhairi dalam Kenangan

Assalamualaikum!! >,<

Sebelum ni aq ada post pasal seorang insan bernama Ahmad Zuhairi kan???
Actually siapa Ahmad Zuhairi atau biasa aq n kawan2 panggil abang Zuhairi nih??
Here I come to tell you about this awesome guy..

Abang Zuhairi nih merupakan salah satu daripada batch yg ketiga kat SMAMAIWP a.k.a batch Fir4.. Diorang ni mmg spesel cuz kat skola tuh diorang je lah yg paling sikit skali kat skola kitorang.. ada 29 org jewp..Abang Zuhairi ni pulak sorang budak yg nakal dan kurang pandai... tp serious cakap la kan, Abang Zuhairi ni merupakan pelajar yg paling berbudi bahasa skali.. tapi waktu mula2 mmg cikgu2 takut nk mengajar kelas Fir4 nih.. Sebab ada Abang Zuhairi ni lah..

Tapi Abang Zuhairi nih boleh tahan rajin gak laa.. Kerja sekolah yg cikgu bg semua dia siapan walaupun salah atau lambat.. Markah die kalau exam mmg 1%, 2%.. x penah nk dapat lebih drpd 40... tapi ade skai tuh ustazah aq ada kata something kat dia n trus dia jd semangat nak belajar rajin2.. Alhamdulillah dalam exam SMA (Sijil Menengah Agama) dia dapat Mumtaz (cemerlang)

Tu cerita waktu dia time form1-4 yg kitorg dgr dari cikgu2..
waktu aq form1 dye dah form 5.. xyah citer laa mmg banyak kenangan.. dan paling superb skali kalau time dia main apa benda ntah.. adik beradk gendang gak lah waktu tgh qasidah..

Tapi apa yg membuatkan dye ni digelar Ahmad Ammar SMAMAIWP??

Pada tanggal 17/3/14

Waktu semua student tgh prep ttiba ada announcement...

'PERHATIAN KPD SEMUA PELAJAR SMAMAIWP.. BERITA BURUK, SEORANG ALUMNI SMAMAIWP, AHMAD ZUHAIRI AHMAD FAUZI MENGALAMI KEMALANGAN TERUK DAN BERADA DI ICU.. BELIAU AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN DIBAHAGIAN OTAKNYA 3 JAM DARI SEKARANG.. SEMUA PELAJAR AKAN PULANG KE ASRAMA PADA PUKUL 10:30 UNTUK MENUNAIKAN SOLAT HAJAT ULANGSUARA...'

Semua orang terkezut and ada yg otomatik nangis.. 
3 hari 3 malam gak arr kitorang baca yassin n solat hajat mohon allah sembuhkan penyakit dye n diuruskan segala urusan..Abang Zuhairi koma dan mengalami breandead..

Tapi kita kan xleh nak lawan kudrat allah 
20/3/14 tgh dak skola lain ambik result SPM batch Fir4 suma ada kat HKL sebab doktor minx kat ayh Zuhairi utk wat test n cabut alat bantuan pernafasan 

Pukul 9:00 dicabut alat tuh.. Abang Zuhairi x boleh nak bernafas sendiri.. Kalau dari segi perubatan Abang Zuhairi ni dah meninggal tp Ayh de minx wat final test pukul 2 ptg.. tapi hasil ttap sama.. tepat pukul 2ptg Abang Zuhairi pergi serentak hujan turun dgn lebat.. Kalau tgk gamba dye mmg xnmpak mcm orang eksiden pun.. nampak mcm sakit biasa je.. tapi otak dye bleeding teruk..

Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan jasa.. Jasa abang Zuhairi mmg xkan dilupa.. 

   'Meninggalnya arwah pada hari result SPMnya keluar..ketika ini dia Ahamado Zuhairi tidak memerlukan result spm..tapi dia lebih memerlukan result amalan kebajikan dia sepanjang di dunia.. inilah hakikat sebenar kehidupan apa yg sebenarnya kita perlu di dunia yg sementara..jangan kita terlalu mengejar kecemerlangan dunia hingga tercicir kecemerlangan akhirat..hari ini hari dia..esok lusa hari kita..adakah kita telah bersedia?? Sebab datangnya malaikat maut tanpa diundang..mudah2an arwah termasuk golongan yang telah bersedia..amin. Muhasabah bersama...'
   -Ustaz Hafiz

Gambar: ‎إذا أحب الله عبداً ابتلاه

".Apabila Allah menyayangi hambaNya, maka dia mengujinya"
-Sahih Bukhari-

 Bersabarlah keluarga Ahmad Zuhairi.
Para Alumni dan kenalan keluarga eloknya membantu urusan pengebumian dan mengadakan majlis makan buat keluarga arwah.

InsyaAllah sedekah dan ilmu yang telah ditinggalkan oleh Ahmad Zuhairi bakal kelak mengiringinya dan mempermudahkan urusannya di sana. 

Semoga ini juga menjadi iktibar buat kita yang masih belum bersedia untuk menempuhinya. Pantas masa yang berlalu kadang tidak menanti kita.
Banyakkan istighfar, tingkatkan sedekah dan tempuhilah hidup ini dalam 
ruang redhaNya.

.Allahumma-ghfirlahu wa-rhamhu wa 'afihi wa-'fu'anhu‎

Ahmad Ammar SMAMAIWP } Ahmad Zuhairi Syabab Terpilih }Tribute 4 him Collection




Gambar: Datin Farieda nie allahyarham Ahamado Zuhairi



Buat tatapan sahabat handai dan sanak saudara yang tidak berkesempatan menziarahi arwah.
Hari-hari terakhir Allahyarham Ahmad Zuhairi Bin Ahmad Fauzi. 29 Mac 1996 - 20 Mac 2014. Pemergiannya setenang-tenang pemergian. Urusan pengkebumiannya juga dipermudahkan. Alhamdulillah.
Terus bersemadi dalam ingatan dan doa kami seluruh warga SMA-MAIWP.
AL-FATIHAH


Gambar: Buat tatapan sahabat handai dan sanak saudara yang tidak berkesempatan menziarahi arwah. 
Hari-hari terakhir Allahyarham Ahmad Zuhairi Bin Ahmad Fauzi. 29 Mac 1996 - 20 Mac 2014. Pemergiannya setenang-tenang pemergian. Urusan pengkebumiannya juga dipermudahkan. Alhamdulillah.
Terus bersemadi dalam ingatan dan doa kami seluruh warga SMA-MAIWP. 
AL-FATIHAH
#Fir4 yg hebat
Pelajar SMA MAIWP yg hebat..

Doa tak putus mengiringi Ahamado Zuhairi
Dari tragedi berkampung di neurologi
Yassin dan doa tak pernah sepi...
Result spm tolak ke tepi
Demi kasih pd ahmad zuhairi
Ku lihat sahabat sejati

 >Zeera Daud<


Kepada guru2 dan pelajar SMAMAIWP
Beruntung lah anak2 di didik dan di bimbing di SMA MAIWP
Guru2 bimbing mereka bukan sekadar utk dunia
Ilmu dan amal yg bermanfaat di bekal utk akhirat
Bertuahnya Ahamado Zuhairi berada di SMA MAIWP
Allah kurnia guru dan sahabat yg hebat
Semoga allah balas jasa guru2
Teruskan mendidik mereka
seperti mana kau mendidik allahyarham ahmad zuhairi
Kasihi mereka seperti mana kau mengasihi ahmad zuhairi
 >Kak Zeera Daud<

I love being in my school. Yeah, i am a teacher. I love my students to the moon and back.
Yesterday we lost one beautiful soul ( Ahamado Zuhairi). Allah loves him. Al-Fatihah. The day where 29 of our 3rd batch were supposed to be in the school for their result day.

A day that suppose to be important for those who live by grades.

But they choose to be in GH accompanying their friend to the end....

SMAMAIWP I DO HOPE YOU WONT BE ANOTHER VICTIMS OF DEVELOPMENT.

p/s: You are most welcome to screenshot this status.

#prayforjiwakita
#prayforMalaysia
#prayforourmuslimbrothers
  >Teacher Rahayu<
Tanpa Sapa ( Khas buat Ahamado Zuhairi )

Aku melihat baik-baik
pada dirinya
senyumnya Zuhairi menghidupkan
utuh dalam memasak kekitaan...
sedalam-dalam hati kami.

Hari ini aku belajar
usah gelisah menghitung
detik-detik maut
di saat mengalir masa-masa manfaat
berlalu rugi

Aku kira
maut menari-nari di setiap ruang
menantikan saat mengetuk pintu
tombol kehidupan berpusing
mengundang roh

Maka bersiaplah
kita gampang berlengah
selekasnya kita siuman
mengumpul dinar-dinar amal
memacu hidup di alam baru

Aku melihat baik-baik
pada dirinya Zuhairi
Alangkah, dia telah lepas
dari caca merba duniawi

Alangkah

Jumaat | 21 Mac 2014 | 8.52 a.m.
 >Abang Naufal Lutfi<
20 Mac 2014.

Aku datang dengan penuh bersemangat, menziarahinya dengan penuh harapan, agar dia bangkit.

Aku masuk ke wadnya dua kali, pertama dengan Umair Halim, kali kedua bersama Cikgu Nurul Huda, aku menyuruhnya bangun, aku membisikkan... kata - kata perangsang, aku tatap wajahnya, aku usap lengannya.

Aku terkejut, apabila mereka kata kamu telah pergi,
Pergi menemui Tuhan Yang Maha Kuasa.
Tidak pernah aku membawa mobil dengan kaki menggigil sebegitu, selaju itu, kerana aku terlalu ingin memberi penghormatan padamu buat kali terakhir.

Kenangan aku denganmu sering kali terimbas, kenangan di sebuah madrasah tarbiyyah. Bagiku, kamu ialah seorang sahabat yang baik merangkap seorang penolong yang sangat cemerlang sewaktu kita tolong Cg Izah jaga bas dulu.

Namun, aku tahu Allah lebih menyayangimu.
Pergilah kamu, aku redha melepaskanmu.
Kerana aku tahu, kelak aku akan menyusulmu.

Buatmu adinda Ahamado Zuhairi,
Aku sedekahkan Al - Fatihah.
  >Abang Nuur Hidayat<
Ahamado Zuhairi

Bertuah anakanda yang seorang ini
Perginya dikala
Ibubapanya paling redho padanya
Guru2nya juga redho padanya
Apatah lagi sahabat2 dan teman2nya
Yang pastinya menggamit redho dari Yang Maha Esa
Tenanglah anakanda disana
Al-Mulk bacaanmu pasti menjagamu di alam kubur ...
Pahala senyummu pasti menunggumu dihari hisab
Cinta Rasulmu pasti memberi syafaat buatmu
Ya Allah, rahmatilah dia
Al-fatihah
  >Cikgu Huda<

Hari ini hari yang pilu bagi warga SMA MAIWP,tatkala batch 96 sekolah lain berdebar-debar menunggu keputusan SPM,kami menunggu sahabat kami Ahamado Zuhairi yang bertarung nyawa.

Tapi apakan daya,Allah lebih menyayang...i dia.

Aku minta maaf tak dapat jadi senior yang baik,dan aku tahu batch 96 dekat SMA MAIWP ni special sebab paling seidikit dalam sejarah.

Moga engkau ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan beriman,insyaAllah

Cuma harapan aku,yang diatas tuh,sudah-sudahlah sembah pangkat nama title sbp jadah semua tuh.Allah dah tunjuk dah.
Cuma perasan atau tidak je.

Zuhairi
1996-2014
Alfatihah
  >Repost<

Pergi tanpa kata . Namun kesannya sampai ke dalam dada . Terima kasih kerana berikan aku peringatan , walaupun tiada kata yang di ucapkan .

Semoga kau tenang di alam sana . Al Fatihah buat junior (Ahamado Zuhairi) . Mungkin tidak kenal mana . Namun jumlah airmata yang berlinangan keluar menangisi mu , cukup memberikan makna . Saat ada yang lompat bergembira dengan keputusan SPM yang diperolehi , ada manusia yang bersedih menangisi pemergian seseorang yang di sayangi .

Hari ini, telah ditakdirkan untuk nya . Hari mu , masih tidak di ketahui bila . Tapi pastinya akan tiba . Semoga kita semua diberikan husnul khotimah Insya Allah .
  >Kak Rasyiqah Aina<

Al-Fatihah..
Tiada kata mampu terucap melainkan panjatan doa agar roh anakanda dicucuri rahmat dan berada di bawah lembayung kasih sayang Allah. Semoga anakanda ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Ahmad Zuhairi mungki...n seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Bercakap hanya apabila perlu. Terlibat dan bergiat aktif hanya dalam acara-acara tertentu. Namun kehadirannya sentiasa menyerikan suasana. Senyumannya terukir mesra. Biar dipuji atau dimarah, tetap tersenyum dengan lirikan mata yang manja penuh makna. Mungkin terlalu banyak amalannya yang tak terlihat dek mata manusia. Di sisi Allah dipandang mulia. Lalu Allah memanggilnya segera. Sebelum dirinya diberati dosa-dosa. Kerana Allah terlalu kasih kepadanya. Damailah dikau di sana. Dalam dakapan kasih sayangNya
Al-Fatihah..
  >Cigu Aishah<
 Foto Siti Aishah Zainudin.
20/3... tarikh keramat bagi fir4.. inshaAllah susah senang kita bersama.. sentiasa 29.. Ahamado Zuhairi.. alfatihah.. moga kita akan bertemu lagi.. #ukhwahfir4hinggapenghujungnya terima kasih kawan..
  >Abang Remy<

sesungguhnya apabila ALLAH mengujimu adikk..itu tlah mnunjukkan ketabahan n kkuatanmu,,dan Allah tlh memilihmu pergi menghadapNYA...KRN ksih sayangNYA..tenanglah kamu di sisi ilahi..setenang senyumanmu...kmi pasti menyusul..pd bila2 masa nk ketika..Allahummaghfirlahu warhamhu wa,afihi wa'fu a'nhu
  >Kak Siti Aisyah Muheddin<

Perginya....anak didikku....Allah lebih sayangimu dr kami semua....smg arwah Ahamado Zuhairi ditempatkn di kalangan org yg beriman ...cikgu redha dan halalkan semuanya...arwah seorang anak didik yg baik..
  >Ustazah Haimatun<

'Meninggalnya arwah pada hari result SPMnya keluar..ketika ini dia Ahamado Zuhairi tidak memerlukan result spm..tapi dia lebih memerlukan result amalan kebajikan dia sepanjang di dunia.. inilah hakikat sebenar kehidupan apa yg sebenarnya kita perlu di dunia yg sementara..jangan kita terlalu mengejar kecemerlangan dunia hingga tercicir kecemerlangan akhirat..hari ini hari dia..esok lusa hari kita..adakah kita telah bersedia?? Sebab datangnya malaikat maut tanpa diundang..mudah2an arwah termasuk golongan yang telah bersedia..amin. Muhasabah bersama...'
   -Ustaz Hafiz-

pada hari ni aku telah lihat 1 kekuatan hubungan persahabatan ukhuwah mereka sgt hebat...salah 1 sahabat mereka dimasukkan ke hospital kerana kemalangan..sedangkan pada hari ini result SPM mereka keluar.dan pada hari ini lah yg menetukan hidup mati sahabat mereka...mereka ramai2 pergi ke hospital dengan diiringi doa kami semua agar diberi kesembuhan kepada beliau tanpa menghiraukan kerisauan akan ...result mereka...Tapi hakikatnya,Allah sahaja yg lebih mengetahui apa yg terbaik tok hambanya....junior ku,sahabat ku...inshaaAllah berbahagia kamu disana..disini kami sentiasa akan mendoakan kebaikan kepada kamu...hubungan kita tidak terpisah dek kerana dunia ini..tetapi berkekalan sampai ke akhirnya
al fatihah buat Allahyarham
  >Abang Kamal Azam<

".Apabila Allah menyayangi hambaNya, maka dia mengujinya"
-Sahih Bukhari-

Bersabarlah keluarga Ahmad Zuhairi....
Para Alumni dan kenalan keluarga eloknya membantu urusan pengebumian dan mengadakan majlis makan buat keluarga arwah.

InsyaAllah sedekah dan ilmu yang telah ditinggalkan oleh Ahmad Zuhairi bakal kelak mengiringinya dan mempermudahkan urusannya di sana.

Semoga ini juga menjadi iktibar buat kita yang masih belum bersedia untuk menempuhinya. Pantas masa yang berlalu kadang tidak menanti kita.
Banyakkan istighfar, tingkatkan sedekah dan tempuhilah hidup ini dalam
ruang redhaNya.

.Allahumma-ghfirlahu wa-rhamhu wa 'afihi wa-'fu'anhu
           >Abang Hilman Fikri<     
Gambar: ‎إذا أحب الله عبداً ابتلاه

".Apabila Allah menyayangi hambaNya, maka dia mengujinya"
-Sahih Bukhari-

 Bersabarlah keluarga Ahmad Zuhairi.
Para Alumni dan kenalan keluarga eloknya membantu urusan pengebumian dan mengadakan majlis makan buat keluarga arwah.

InsyaAllah sedekah dan ilmu yang telah ditinggalkan oleh Ahmad Zuhairi bakal kelak mengiringinya dan mempermudahkan urusannya di sana. 

Semoga ini juga menjadi iktibar buat kita yang masih belum bersedia untuk menempuhinya. Pantas masa yang berlalu kadang tidak menanti kita.
Banyakkan istighfar, tingkatkan sedekah dan tempuhilah hidup ini dalam 
ruang redhaNya.

.Allahumma-ghfirlahu wa-rhamhu wa 'afihi wa-'fu'anhu‎
siapa sangka disaat kita menikmati keseronokan , ada org yg terpaksa harungi saat saat perpisahan dan kesedihan,........al fatihah buat adik Ahamado Zuhairi batch ke 3 sma maiwp yang sepatutnya pd hari ini mengambil keputusan spm 2013......semoga beliau sentiasa berjaya , bkn sahaja didunia malah diakhirat sana... semoga sahabat2x serta ahli keluarganya redha dgn pemergiannya......setiap yang bernyawa pasti akan mati...cuma lambat atau awal je ajal menjelma..kita juga akan bertemu ilahi suatu hari nanti... Innalillahiwainnailahhirajiun ..al fatihah...
>Kak Syahirah Raduan<

Innalillahiwainnailahhirajiun . . .sahabat Ahamado Zuhairi ini telah selamat berjumpa dengan Allah
SWT.Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.Allahurabbi.
  >Abang Hadi TransHijrah<   
Innalillahiwainnailahhirajiun . . .sahabat Ahamado Zuhairi ini telah selamat berjumpa dengan Allah SWT.Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.Allahurabbi.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Al fatihah buat junior Ahamado Zuhairi . Allah lebih menyayangi beliau. Takziah buat keluarganya. Moga kalian tabah menerima.
Insyaallah beliau dkalangan org2 soleh.
Saat yg lain menanti keputusan spm,kami menanti beliau bangun dari koma. Ternyata ajal itu rahsia allah. Beliau pergi dalam usia yg muda. Moga ia jadi peringatan buat kita.
Al fatihah.
>Kak Izzryn Tarmizi<    

Zuhair - yg bercahaya. tenang.
Zuhairi - yg berseri.

Ahamado Zuhairi, seiring maksud namamu, moga kau juga tenang disana. Moga amal ibadah menjadi penyerimu di sana. Pergimu mninggalkan pelajaran bererti buat kami yg masih bernafas. Ajal x mengenal usia.

Moga dirimu ditempatkan dlm kalangan para nabi, salihin, siddiqin, wa syuhada.

Moga allah redha.

Aamin.
>Mar Jay<   



Friday 7 March 2014

Pilih Kaya Hati

Assalamualaikum...

Juz nak pesan sikit..

Berhati-hati menjaga hati kerana ia mrupakan punca ketenangan+kebahagiaan diri..

Cara untuk mndapatkan hati yg tenang adlh dgn sentiasa mengingati Allah.. Bukan ingat kat bf/gf!!!..

Allah telah menegaskan melalu firman-Nya yg bermaksud :~
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akn menjadi tenang.."
(Surah al-Ra'd 13:28)

Rasulullah pun ada bersabda yg bermaksud :~
"Bukanlah kekayaan itu dengan byk harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.."
(Riwayat al-Bukhari)


Remaja Teladan

Assalamuaaikum!!!

Today I'm gonna share about REMAJA TELADAN...

I'm quite sure yg byk readers blog ni drpd golongan SYABAB a.k.a REMAJA right?? Tapi adakah kita mempunyai idola yg mampu menjadi contoh bagi kita untuk menjadi seorang MUSLIM SEJATI???

So, aq akan share 5 orang REMAJA yg mmg GEMPAK yg kita semua patut jdkan teladan...

They're...

~> RASULULLAH S.A.W
  •  Baginda memulakan perjalanan berdagang ke negeri Syam (Syria) mengikut bapa saudaranya buat kali pertama seawal usia 12 yrs old..
  • Baginda x pernah menghabiskan masa mudanya mencari hiburan yg melalaikan bahkan kerap menghabiskan masa bertakafu dgn melihat kebesaran Allah disebalik ciptaan-Nya..
~> SAYYIDINA ALI 
  • Merupakan kanak2 pertama yg memeluk Islam
  • Sayyidina Ali juga merupakan remaja yg berani hinggakan sanggup tidur ditempat Rasulullah s.a.w pada malam baginda berangkat ke Madinah
~> ASHABUL KAHFI
  •  Mereka merupakan tujuh orang remaja yg melarikan diri bersama seekor anjing menuju ke sebuah gua. Tujuannya bukan utk menyelamatkan nyawa drpd kezaliman raja, tapi utk menyeamatkan akidah dan iman mereka. Allah s.w.t Maha Berkuasa. Dia menjadikan pemuda2 itu tidur selama 309 tahun qamariah. Subhanallah!!!
~> IMAM AL-SYAFI'E
  • Umur 9 tahun: Telah menghafal 30 juz Quran..
  • Umur 12 tahun: Mampu mentafsir Quran dan menghafal kitab Muwatta' karangan Imam Malik..
  • Umur 14 tahun: Sudah mengajar para alim ulama.. (Aku yg dok skola agama pun blum tentu mampu jd Dai'e lg.. hmmpphh.. :\ )
~> MUHAMMAD AL-FATIH
  • Al-Fatih menaiki takhta semasa berumur 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun..
  • Al-Fatih pernah menjadi pemangku khalifah semasa berumur 12 tahun dan dlm usia semuda ini, beliau bijak menangani tipu muslihat musuh..
  • Tidak pernah meninggalkan tahajud
  • Berjaya menguasai Constantinople pd usia 21 tahun..


Thursday 6 March 2014

CAFE CINTA- Fatimah Syarha "Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami"

UNIC - Binnabil Huda (Official Music Video)

Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC

Habib Syech - Padang Bulan ( Lirik + Makna Bahasa Melayu )

Pemimpin acuan Al-Quran



Pemimpin yg berwawasan jauh akan bersedia utk berkorban dan menjadikan dirinya jambatan utk dilintasi generasi akan datang...

Prof. Hamka mengajak kita meneliti sejarah berikut...

a. Dokumen asal Tiongkok merekodkan adanya kelompok bangsa arab yg telah mendiami pesisir pantai Barat Sumatera...

b. Pasukan tentera Islam bawah pimpinan Ubaidillah bin Ziyad mara hingga ke Kota Bukhara di Iran...

c. Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat ternama Rasulullah mati syahid dan kuburnya terletak lebih 5000 km dari Madinah iaitu Kota Constantinople (Istanbul)!!!

Kisah2 ini berlaku pd tahun yg sama iaitu 674 Masihi.. Ini membuktikan Islam agama yg memandang jauh ke hadapan...

Kejayaan Islam hanya akan berlaku dgn adanya pemuda dan remaja berwawasan jauh dan tidak mudah memberikan alasan... ;D