expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

BE THE STAR FOR THE UMMAH..

Sunday 23 March 2014

Ahmad Zuhairi dalam Kenangan

Assalamualaikum!! >,<

Sebelum ni aq ada post pasal seorang insan bernama Ahmad Zuhairi kan???
Actually siapa Ahmad Zuhairi atau biasa aq n kawan2 panggil abang Zuhairi nih??
Here I come to tell you about this awesome guy..

Abang Zuhairi nih merupakan salah satu daripada batch yg ketiga kat SMAMAIWP a.k.a batch Fir4.. Diorang ni mmg spesel cuz kat skola tuh diorang je lah yg paling sikit skali kat skola kitorang.. ada 29 org jewp..Abang Zuhairi ni pulak sorang budak yg nakal dan kurang pandai... tp serious cakap la kan, Abang Zuhairi ni merupakan pelajar yg paling berbudi bahasa skali.. tapi waktu mula2 mmg cikgu2 takut nk mengajar kelas Fir4 nih.. Sebab ada Abang Zuhairi ni lah..

Tapi Abang Zuhairi nih boleh tahan rajin gak laa.. Kerja sekolah yg cikgu bg semua dia siapan walaupun salah atau lambat.. Markah die kalau exam mmg 1%, 2%.. x penah nk dapat lebih drpd 40... tapi ade skai tuh ustazah aq ada kata something kat dia n trus dia jd semangat nak belajar rajin2.. Alhamdulillah dalam exam SMA (Sijil Menengah Agama) dia dapat Mumtaz (cemerlang)

Tu cerita waktu dia time form1-4 yg kitorg dgr dari cikgu2..
waktu aq form1 dye dah form 5.. xyah citer laa mmg banyak kenangan.. dan paling superb skali kalau time dia main apa benda ntah.. adik beradk gendang gak lah waktu tgh qasidah..

Tapi apa yg membuatkan dye ni digelar Ahmad Ammar SMAMAIWP??

Pada tanggal 17/3/14

Waktu semua student tgh prep ttiba ada announcement...

'PERHATIAN KPD SEMUA PELAJAR SMAMAIWP.. BERITA BURUK, SEORANG ALUMNI SMAMAIWP, AHMAD ZUHAIRI AHMAD FAUZI MENGALAMI KEMALANGAN TERUK DAN BERADA DI ICU.. BELIAU AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN DIBAHAGIAN OTAKNYA 3 JAM DARI SEKARANG.. SEMUA PELAJAR AKAN PULANG KE ASRAMA PADA PUKUL 10:30 UNTUK MENUNAIKAN SOLAT HAJAT ULANGSUARA...'

Semua orang terkezut and ada yg otomatik nangis.. 
3 hari 3 malam gak arr kitorang baca yassin n solat hajat mohon allah sembuhkan penyakit dye n diuruskan segala urusan..Abang Zuhairi koma dan mengalami breandead..

Tapi kita kan xleh nak lawan kudrat allah 
20/3/14 tgh dak skola lain ambik result SPM batch Fir4 suma ada kat HKL sebab doktor minx kat ayh Zuhairi utk wat test n cabut alat bantuan pernafasan 

Pukul 9:00 dicabut alat tuh.. Abang Zuhairi x boleh nak bernafas sendiri.. Kalau dari segi perubatan Abang Zuhairi ni dah meninggal tp Ayh de minx wat final test pukul 2 ptg.. tapi hasil ttap sama.. tepat pukul 2ptg Abang Zuhairi pergi serentak hujan turun dgn lebat.. Kalau tgk gamba dye mmg xnmpak mcm orang eksiden pun.. nampak mcm sakit biasa je.. tapi otak dye bleeding teruk..

Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan jasa.. Jasa abang Zuhairi mmg xkan dilupa.. 

   'Meninggalnya arwah pada hari result SPMnya keluar..ketika ini dia Ahamado Zuhairi tidak memerlukan result spm..tapi dia lebih memerlukan result amalan kebajikan dia sepanjang di dunia.. inilah hakikat sebenar kehidupan apa yg sebenarnya kita perlu di dunia yg sementara..jangan kita terlalu mengejar kecemerlangan dunia hingga tercicir kecemerlangan akhirat..hari ini hari dia..esok lusa hari kita..adakah kita telah bersedia?? Sebab datangnya malaikat maut tanpa diundang..mudah2an arwah termasuk golongan yang telah bersedia..amin. Muhasabah bersama...'
   -Ustaz Hafiz

Gambar: ‎إذا أحب الله عبداً ابتلاه

".Apabila Allah menyayangi hambaNya, maka dia mengujinya"
-Sahih Bukhari-

 Bersabarlah keluarga Ahmad Zuhairi.
Para Alumni dan kenalan keluarga eloknya membantu urusan pengebumian dan mengadakan majlis makan buat keluarga arwah.

InsyaAllah sedekah dan ilmu yang telah ditinggalkan oleh Ahmad Zuhairi bakal kelak mengiringinya dan mempermudahkan urusannya di sana. 

Semoga ini juga menjadi iktibar buat kita yang masih belum bersedia untuk menempuhinya. Pantas masa yang berlalu kadang tidak menanti kita.
Banyakkan istighfar, tingkatkan sedekah dan tempuhilah hidup ini dalam 
ruang redhaNya.

.Allahumma-ghfirlahu wa-rhamhu wa 'afihi wa-'fu'anhu‎

Ahmad Ammar SMAMAIWP } Ahmad Zuhairi Syabab Terpilih }Tribute 4 him Collection




Gambar: Datin Farieda nie allahyarham Ahamado Zuhairi



Buat tatapan sahabat handai dan sanak saudara yang tidak berkesempatan menziarahi arwah.
Hari-hari terakhir Allahyarham Ahmad Zuhairi Bin Ahmad Fauzi. 29 Mac 1996 - 20 Mac 2014. Pemergiannya setenang-tenang pemergian. Urusan pengkebumiannya juga dipermudahkan. Alhamdulillah.
Terus bersemadi dalam ingatan dan doa kami seluruh warga SMA-MAIWP.
AL-FATIHAH


Gambar: Buat tatapan sahabat handai dan sanak saudara yang tidak berkesempatan menziarahi arwah. 
Hari-hari terakhir Allahyarham Ahmad Zuhairi Bin Ahmad Fauzi. 29 Mac 1996 - 20 Mac 2014. Pemergiannya setenang-tenang pemergian. Urusan pengkebumiannya juga dipermudahkan. Alhamdulillah.
Terus bersemadi dalam ingatan dan doa kami seluruh warga SMA-MAIWP. 
AL-FATIHAH
#Fir4 yg hebat
Pelajar SMA MAIWP yg hebat..

Doa tak putus mengiringi Ahamado Zuhairi
Dari tragedi berkampung di neurologi
Yassin dan doa tak pernah sepi...
Result spm tolak ke tepi
Demi kasih pd ahmad zuhairi
Ku lihat sahabat sejati

 >Zeera Daud<


Kepada guru2 dan pelajar SMAMAIWP
Beruntung lah anak2 di didik dan di bimbing di SMA MAIWP
Guru2 bimbing mereka bukan sekadar utk dunia
Ilmu dan amal yg bermanfaat di bekal utk akhirat
Bertuahnya Ahamado Zuhairi berada di SMA MAIWP
Allah kurnia guru dan sahabat yg hebat
Semoga allah balas jasa guru2
Teruskan mendidik mereka
seperti mana kau mendidik allahyarham ahmad zuhairi
Kasihi mereka seperti mana kau mengasihi ahmad zuhairi
 >Kak Zeera Daud<

I love being in my school. Yeah, i am a teacher. I love my students to the moon and back.
Yesterday we lost one beautiful soul ( Ahamado Zuhairi). Allah loves him. Al-Fatihah. The day where 29 of our 3rd batch were supposed to be in the school for their result day.

A day that suppose to be important for those who live by grades.

But they choose to be in GH accompanying their friend to the end....

SMAMAIWP I DO HOPE YOU WONT BE ANOTHER VICTIMS OF DEVELOPMENT.

p/s: You are most welcome to screenshot this status.

#prayforjiwakita
#prayforMalaysia
#prayforourmuslimbrothers
  >Teacher Rahayu<
Tanpa Sapa ( Khas buat Ahamado Zuhairi )

Aku melihat baik-baik
pada dirinya
senyumnya Zuhairi menghidupkan
utuh dalam memasak kekitaan...
sedalam-dalam hati kami.

Hari ini aku belajar
usah gelisah menghitung
detik-detik maut
di saat mengalir masa-masa manfaat
berlalu rugi

Aku kira
maut menari-nari di setiap ruang
menantikan saat mengetuk pintu
tombol kehidupan berpusing
mengundang roh

Maka bersiaplah
kita gampang berlengah
selekasnya kita siuman
mengumpul dinar-dinar amal
memacu hidup di alam baru

Aku melihat baik-baik
pada dirinya Zuhairi
Alangkah, dia telah lepas
dari caca merba duniawi

Alangkah

Jumaat | 21 Mac 2014 | 8.52 a.m.
 >Abang Naufal Lutfi<
20 Mac 2014.

Aku datang dengan penuh bersemangat, menziarahinya dengan penuh harapan, agar dia bangkit.

Aku masuk ke wadnya dua kali, pertama dengan Umair Halim, kali kedua bersama Cikgu Nurul Huda, aku menyuruhnya bangun, aku membisikkan... kata - kata perangsang, aku tatap wajahnya, aku usap lengannya.

Aku terkejut, apabila mereka kata kamu telah pergi,
Pergi menemui Tuhan Yang Maha Kuasa.
Tidak pernah aku membawa mobil dengan kaki menggigil sebegitu, selaju itu, kerana aku terlalu ingin memberi penghormatan padamu buat kali terakhir.

Kenangan aku denganmu sering kali terimbas, kenangan di sebuah madrasah tarbiyyah. Bagiku, kamu ialah seorang sahabat yang baik merangkap seorang penolong yang sangat cemerlang sewaktu kita tolong Cg Izah jaga bas dulu.

Namun, aku tahu Allah lebih menyayangimu.
Pergilah kamu, aku redha melepaskanmu.
Kerana aku tahu, kelak aku akan menyusulmu.

Buatmu adinda Ahamado Zuhairi,
Aku sedekahkan Al - Fatihah.
  >Abang Nuur Hidayat<
Ahamado Zuhairi

Bertuah anakanda yang seorang ini
Perginya dikala
Ibubapanya paling redho padanya
Guru2nya juga redho padanya
Apatah lagi sahabat2 dan teman2nya
Yang pastinya menggamit redho dari Yang Maha Esa
Tenanglah anakanda disana
Al-Mulk bacaanmu pasti menjagamu di alam kubur ...
Pahala senyummu pasti menunggumu dihari hisab
Cinta Rasulmu pasti memberi syafaat buatmu
Ya Allah, rahmatilah dia
Al-fatihah
  >Cikgu Huda<

Hari ini hari yang pilu bagi warga SMA MAIWP,tatkala batch 96 sekolah lain berdebar-debar menunggu keputusan SPM,kami menunggu sahabat kami Ahamado Zuhairi yang bertarung nyawa.

Tapi apakan daya,Allah lebih menyayang...i dia.

Aku minta maaf tak dapat jadi senior yang baik,dan aku tahu batch 96 dekat SMA MAIWP ni special sebab paling seidikit dalam sejarah.

Moga engkau ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan beriman,insyaAllah

Cuma harapan aku,yang diatas tuh,sudah-sudahlah sembah pangkat nama title sbp jadah semua tuh.Allah dah tunjuk dah.
Cuma perasan atau tidak je.

Zuhairi
1996-2014
Alfatihah
  >Repost<

Pergi tanpa kata . Namun kesannya sampai ke dalam dada . Terima kasih kerana berikan aku peringatan , walaupun tiada kata yang di ucapkan .

Semoga kau tenang di alam sana . Al Fatihah buat junior (Ahamado Zuhairi) . Mungkin tidak kenal mana . Namun jumlah airmata yang berlinangan keluar menangisi mu , cukup memberikan makna . Saat ada yang lompat bergembira dengan keputusan SPM yang diperolehi , ada manusia yang bersedih menangisi pemergian seseorang yang di sayangi .

Hari ini, telah ditakdirkan untuk nya . Hari mu , masih tidak di ketahui bila . Tapi pastinya akan tiba . Semoga kita semua diberikan husnul khotimah Insya Allah .
  >Kak Rasyiqah Aina<

Al-Fatihah..
Tiada kata mampu terucap melainkan panjatan doa agar roh anakanda dicucuri rahmat dan berada di bawah lembayung kasih sayang Allah. Semoga anakanda ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Ahmad Zuhairi mungki...n seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Bercakap hanya apabila perlu. Terlibat dan bergiat aktif hanya dalam acara-acara tertentu. Namun kehadirannya sentiasa menyerikan suasana. Senyumannya terukir mesra. Biar dipuji atau dimarah, tetap tersenyum dengan lirikan mata yang manja penuh makna. Mungkin terlalu banyak amalannya yang tak terlihat dek mata manusia. Di sisi Allah dipandang mulia. Lalu Allah memanggilnya segera. Sebelum dirinya diberati dosa-dosa. Kerana Allah terlalu kasih kepadanya. Damailah dikau di sana. Dalam dakapan kasih sayangNya
Al-Fatihah..
  >Cigu Aishah<
 Foto Siti Aishah Zainudin.
20/3... tarikh keramat bagi fir4.. inshaAllah susah senang kita bersama.. sentiasa 29.. Ahamado Zuhairi.. alfatihah.. moga kita akan bertemu lagi.. #ukhwahfir4hinggapenghujungnya terima kasih kawan..
  >Abang Remy<

sesungguhnya apabila ALLAH mengujimu adikk..itu tlah mnunjukkan ketabahan n kkuatanmu,,dan Allah tlh memilihmu pergi menghadapNYA...KRN ksih sayangNYA..tenanglah kamu di sisi ilahi..setenang senyumanmu...kmi pasti menyusul..pd bila2 masa nk ketika..Allahummaghfirlahu warhamhu wa,afihi wa'fu a'nhu
  >Kak Siti Aisyah Muheddin<

Perginya....anak didikku....Allah lebih sayangimu dr kami semua....smg arwah Ahamado Zuhairi ditempatkn di kalangan org yg beriman ...cikgu redha dan halalkan semuanya...arwah seorang anak didik yg baik..
  >Ustazah Haimatun<

'Meninggalnya arwah pada hari result SPMnya keluar..ketika ini dia Ahamado Zuhairi tidak memerlukan result spm..tapi dia lebih memerlukan result amalan kebajikan dia sepanjang di dunia.. inilah hakikat sebenar kehidupan apa yg sebenarnya kita perlu di dunia yg sementara..jangan kita terlalu mengejar kecemerlangan dunia hingga tercicir kecemerlangan akhirat..hari ini hari dia..esok lusa hari kita..adakah kita telah bersedia?? Sebab datangnya malaikat maut tanpa diundang..mudah2an arwah termasuk golongan yang telah bersedia..amin. Muhasabah bersama...'
   -Ustaz Hafiz-

pada hari ni aku telah lihat 1 kekuatan hubungan persahabatan ukhuwah mereka sgt hebat...salah 1 sahabat mereka dimasukkan ke hospital kerana kemalangan..sedangkan pada hari ini result SPM mereka keluar.dan pada hari ini lah yg menetukan hidup mati sahabat mereka...mereka ramai2 pergi ke hospital dengan diiringi doa kami semua agar diberi kesembuhan kepada beliau tanpa menghiraukan kerisauan akan ...result mereka...Tapi hakikatnya,Allah sahaja yg lebih mengetahui apa yg terbaik tok hambanya....junior ku,sahabat ku...inshaaAllah berbahagia kamu disana..disini kami sentiasa akan mendoakan kebaikan kepada kamu...hubungan kita tidak terpisah dek kerana dunia ini..tetapi berkekalan sampai ke akhirnya
al fatihah buat Allahyarham
  >Abang Kamal Azam<

".Apabila Allah menyayangi hambaNya, maka dia mengujinya"
-Sahih Bukhari-

Bersabarlah keluarga Ahmad Zuhairi....
Para Alumni dan kenalan keluarga eloknya membantu urusan pengebumian dan mengadakan majlis makan buat keluarga arwah.

InsyaAllah sedekah dan ilmu yang telah ditinggalkan oleh Ahmad Zuhairi bakal kelak mengiringinya dan mempermudahkan urusannya di sana.

Semoga ini juga menjadi iktibar buat kita yang masih belum bersedia untuk menempuhinya. Pantas masa yang berlalu kadang tidak menanti kita.
Banyakkan istighfar, tingkatkan sedekah dan tempuhilah hidup ini dalam
ruang redhaNya.

.Allahumma-ghfirlahu wa-rhamhu wa 'afihi wa-'fu'anhu
           >Abang Hilman Fikri<     
Gambar: ‎إذا أحب الله عبداً ابتلاه

".Apabila Allah menyayangi hambaNya, maka dia mengujinya"
-Sahih Bukhari-

 Bersabarlah keluarga Ahmad Zuhairi.
Para Alumni dan kenalan keluarga eloknya membantu urusan pengebumian dan mengadakan majlis makan buat keluarga arwah.

InsyaAllah sedekah dan ilmu yang telah ditinggalkan oleh Ahmad Zuhairi bakal kelak mengiringinya dan mempermudahkan urusannya di sana. 

Semoga ini juga menjadi iktibar buat kita yang masih belum bersedia untuk menempuhinya. Pantas masa yang berlalu kadang tidak menanti kita.
Banyakkan istighfar, tingkatkan sedekah dan tempuhilah hidup ini dalam 
ruang redhaNya.

.Allahumma-ghfirlahu wa-rhamhu wa 'afihi wa-'fu'anhu‎
siapa sangka disaat kita menikmati keseronokan , ada org yg terpaksa harungi saat saat perpisahan dan kesedihan,........al fatihah buat adik Ahamado Zuhairi batch ke 3 sma maiwp yang sepatutnya pd hari ini mengambil keputusan spm 2013......semoga beliau sentiasa berjaya , bkn sahaja didunia malah diakhirat sana... semoga sahabat2x serta ahli keluarganya redha dgn pemergiannya......setiap yang bernyawa pasti akan mati...cuma lambat atau awal je ajal menjelma..kita juga akan bertemu ilahi suatu hari nanti... Innalillahiwainnailahhirajiun ..al fatihah...
>Kak Syahirah Raduan<

Innalillahiwainnailahhirajiun . . .sahabat Ahamado Zuhairi ini telah selamat berjumpa dengan Allah
SWT.Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.Allahurabbi.
  >Abang Hadi TransHijrah<   
Innalillahiwainnailahhirajiun . . .sahabat Ahamado Zuhairi ini telah selamat berjumpa dengan Allah SWT.Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.Allahurabbi.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Al fatihah buat junior Ahamado Zuhairi . Allah lebih menyayangi beliau. Takziah buat keluarganya. Moga kalian tabah menerima.
Insyaallah beliau dkalangan org2 soleh.
Saat yg lain menanti keputusan spm,kami menanti beliau bangun dari koma. Ternyata ajal itu rahsia allah. Beliau pergi dalam usia yg muda. Moga ia jadi peringatan buat kita.
Al fatihah.
>Kak Izzryn Tarmizi<    

Zuhair - yg bercahaya. tenang.
Zuhairi - yg berseri.

Ahamado Zuhairi, seiring maksud namamu, moga kau juga tenang disana. Moga amal ibadah menjadi penyerimu di sana. Pergimu mninggalkan pelajaran bererti buat kami yg masih bernafas. Ajal x mengenal usia.

Moga dirimu ditempatkan dlm kalangan para nabi, salihin, siddiqin, wa syuhada.

Moga allah redha.

Aamin.
>Mar Jay<   



Friday 7 March 2014

Pilih Kaya Hati

Assalamualaikum...

Juz nak pesan sikit..

Berhati-hati menjaga hati kerana ia mrupakan punca ketenangan+kebahagiaan diri..

Cara untuk mndapatkan hati yg tenang adlh dgn sentiasa mengingati Allah.. Bukan ingat kat bf/gf!!!..

Allah telah menegaskan melalu firman-Nya yg bermaksud :~
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akn menjadi tenang.."
(Surah al-Ra'd 13:28)

Rasulullah pun ada bersabda yg bermaksud :~
"Bukanlah kekayaan itu dengan byk harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.."
(Riwayat al-Bukhari)


Remaja Teladan

Assalamuaaikum!!!

Today I'm gonna share about REMAJA TELADAN...

I'm quite sure yg byk readers blog ni drpd golongan SYABAB a.k.a REMAJA right?? Tapi adakah kita mempunyai idola yg mampu menjadi contoh bagi kita untuk menjadi seorang MUSLIM SEJATI???

So, aq akan share 5 orang REMAJA yg mmg GEMPAK yg kita semua patut jdkan teladan...

They're...

~> RASULULLAH S.A.W
  •  Baginda memulakan perjalanan berdagang ke negeri Syam (Syria) mengikut bapa saudaranya buat kali pertama seawal usia 12 yrs old..
  • Baginda x pernah menghabiskan masa mudanya mencari hiburan yg melalaikan bahkan kerap menghabiskan masa bertakafu dgn melihat kebesaran Allah disebalik ciptaan-Nya..
~> SAYYIDINA ALI 
  • Merupakan kanak2 pertama yg memeluk Islam
  • Sayyidina Ali juga merupakan remaja yg berani hinggakan sanggup tidur ditempat Rasulullah s.a.w pada malam baginda berangkat ke Madinah
~> ASHABUL KAHFI
  •  Mereka merupakan tujuh orang remaja yg melarikan diri bersama seekor anjing menuju ke sebuah gua. Tujuannya bukan utk menyelamatkan nyawa drpd kezaliman raja, tapi utk menyeamatkan akidah dan iman mereka. Allah s.w.t Maha Berkuasa. Dia menjadikan pemuda2 itu tidur selama 309 tahun qamariah. Subhanallah!!!
~> IMAM AL-SYAFI'E
  • Umur 9 tahun: Telah menghafal 30 juz Quran..
  • Umur 12 tahun: Mampu mentafsir Quran dan menghafal kitab Muwatta' karangan Imam Malik..
  • Umur 14 tahun: Sudah mengajar para alim ulama.. (Aku yg dok skola agama pun blum tentu mampu jd Dai'e lg.. hmmpphh.. :\ )
~> MUHAMMAD AL-FATIH
  • Al-Fatih menaiki takhta semasa berumur 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun..
  • Al-Fatih pernah menjadi pemangku khalifah semasa berumur 12 tahun dan dlm usia semuda ini, beliau bijak menangani tipu muslihat musuh..
  • Tidak pernah meninggalkan tahajud
  • Berjaya menguasai Constantinople pd usia 21 tahun..


Thursday 6 March 2014

CAFE CINTA- Fatimah Syarha "Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami"

UNIC - Binnabil Huda (Official Music Video)

Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC

Habib Syech - Padang Bulan ( Lirik + Makna Bahasa Melayu )

Pemimpin acuan Al-Quran



Pemimpin yg berwawasan jauh akan bersedia utk berkorban dan menjadikan dirinya jambatan utk dilintasi generasi akan datang...

Prof. Hamka mengajak kita meneliti sejarah berikut...

a. Dokumen asal Tiongkok merekodkan adanya kelompok bangsa arab yg telah mendiami pesisir pantai Barat Sumatera...

b. Pasukan tentera Islam bawah pimpinan Ubaidillah bin Ziyad mara hingga ke Kota Bukhara di Iran...

c. Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat ternama Rasulullah mati syahid dan kuburnya terletak lebih 5000 km dari Madinah iaitu Kota Constantinople (Istanbul)!!!

Kisah2 ini berlaku pd tahun yg sama iaitu 674 Masihi.. Ini membuktikan Islam agama yg memandang jauh ke hadapan...

Kejayaan Islam hanya akan berlaku dgn adanya pemuda dan remaja berwawasan jauh dan tidak mudah memberikan alasan... ;D