Kita selalu dengar,
"Kalau nak NAIK susah, tetapi untuk turun mudah sangat"
Iaitu susah nak jadi berjaya, tapi untuk gagal mudah sekali.. Dan ini yang selalu berlaku dalam kehidupan..
Kalau bab-bab kepenggunaan, kita akan NAIK angin kalau dengar cerita harga minyak naik 20 sen.
Kita akan gelisah bila dapat tahu paras gula makin NAIK.. Kita jadi tak betah bila 'NAIK darah' dan cepat NAIK angin kalau orang tak layan apa yang dia nak..
Semuanya NEGATIF..
SEKEJAP!!!
Bukan semua keNAIKan itu negatif.. Ada je yang mententeramkan diri dan meningkatkan kasih sayang ALLAH S.W.T kepada kita!
Itulah meter keIMANan manusia!!!
Banyak ayat AL-QURAN yg menceritakan ganjaran kpd golongan yg taat kepadaNYA.. Contohnya,
"Dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka" (Surah AL-KAHFI 18:13 )
Dengan melaksanakan kebaikan bererti meter keIMANan sedang NAIK!
Dalam hal keduniaan, kita sukakan PENURUNAN, diskaun dan seumpamanya..
Kita akan cepat2 pergi ke pasar raya jika ada tawaran deiskaun menarik.. Harga TURUN je, semua orang bersorak!
Tapi PENURUNAN ada yang tak baik, iaitu meter IMAN... TURUNnya IMAN bakal membawa padah.. Kehidupan tidak bahagia, gelisah, berkecamuk, hilang ketenangan termasuk kesan TURUNnya IMAN itu..
JANGAN RISAU!!!
NAIKkan kembali meter IMAN dengan MUJAHADAH. Bukankah PINTU TAUBAT itu sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan?
TURUNkan 'darjah kejahatan' dalam diri, NAIKkan meter IMAN dalam HATI, hidayah ALLAH S.W.T
mengiringi perjalanan hari, bahagia di sana dan di sini.. ^_^